Tuesday, August 31, 2010

BANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

Assalamualaikum Warahmatullah dan Salam sejahtera, Ramadan Kariem

Terima kasih kepada anda kerana meluangkan masa membaca catatan mengenai Bangunan-Bangunan dan Alam Sekitar di Negara Brunei Darussalam.

TUJUAN PENULISAN

Ada pun Negara Brunei Darussalam adalah salah sebuah Negara yang dianggap Negara yang masih muda dari segi usia pencapaian kemerdekaan nya akan tetapi Negara Brunei Darussalam adalah salah sebuah Negara yang pesat membangun dengan berpandukan teras professionalisma Orang Brunei nya, terutama dari segi pentadbiran kerajaan dan swasta.

Dengan adanya penulisan ini, Maklumat, Teknik dan Kaedah Rawatan Pemeliharaan Bangunan-Bangunan serta Alam Sekitar di Negara Brunei Darussalam akan dapat saya kongsikan bersama anda di luar sana walau dimanapun anda berada.

KEDUDUKAN GEOGRAFI
Negara Brunei Darussalam terletak di kepulauan Borneo dan berjiran diantara Negeri Sabah dan Sarawak.(Malaysia)

RUPA BENTUK BANGUNAN (ARKITEKTUR)
Ukiran, bentuk dan warna Bangunan Negara ini adalah berlandaskan Konsep serta Keperluan pengguna Bangunan itu sendiri akan tetapi secara peribadi saya dapat melihat sentuhan Arkitektur Bangunan itu adalah masih berlandaskan ciri-ciri kemodenan kemelayuan serta penerapan dari Islamic Architecture, inilah keunikan yang ada di Negara Brunei Darussalam.

ISU ALAM SEKITAR
Alam semula jadi dimana sesebuah bangunan itu berdiri haruslah juga di ambil kira dari segi ketahanan material yang akan dipasang atau digunakan untuk Bangunan tersebut.

Semua kefahaman ini haruslah di pelajarai melalui Material Science, Material Technology, Building Technology dan Enviromental Science Related To Building.

Akan tetapi apa yang dapat saya perhatikan ialah, sekarang ini apa sahaja Pembangunan Bangunan-Bangunan baru adalah tidak terkawal dari segi "Green Environment Protection", mungkinkah ini satu perkara kecil sahaja? bagi saya tidak.

Sekarang kita menghadapi Isu Global (Global Issue) dan kita hendaklah bersatu untuk mencapai pembaikan Global juga, Kenapakah Pencairan Ais di Khutub Utara dan salah siapa? Kenaikan Suhu Dunia? Apakah risikonya? Kenapa paras Air Laut semakin tinggi? Penebangan hutan bagi kemajuan dan apakah tindakan atau "recovery action" mengenainya? Penyorongan Tanah dan pemotongan bukit apakah impaknya dengan keadaan sekeliling? Adakah topografi asal akan berubah? tentulah ia bukan, Kenapa menjadi banjir sedangkan dulunya tidak? Apa terjadi kepada eko sistem itu sendiri?

Semua ini adalah harus kita kaji mulai sekarang, Research Methodolgy mestilah berasaskan tempat asal kejadian itu sendiri dan waktu sebenar kejadian (Origin of Site Occurence(OSO) and Real Time Occurence (RTO)), ini adalah kerana adakalanya kajian ditempat lain boleh berubah dari segi Physical Properties impak kejadian.

GENERASI AKAN DATANG
Sebenarnya tujuan utama saya adalah untuk menyelamatkan generasi hadapan (Future Generation) iaitu Anak Cucu kita yang akan melangkah Dewasa kerana mereka inilah bakal pewaris dan penentu maju mundurnya sesebuah Negara itu sendiri di masa akan datang, mereka ini umpama Batu yang Bersinar entah mutiara atau emas. Apakah yang akan terjadi kepada anak-cucu kitani jika rumah hijau yang sudah ada tidak dipelihara mulai sekarang. 

KERTAS HIJAU
Kini sudah tiba masanya untuk kita membuat satu polisi mengenai " Green Environment Protection " yang bertujuan untuk mengubal satu peraturan bagi setiap pembangunan atau memajukan kawasan, ianya mestilah  di wajibkan memberikan akses sekurang-kurangnya 10% dari tanah yang dimajukan bagi perumahan persendirian dan 15% untuk kemajuan komersial, inilah yang akan diwartakan sebagai " Green Paper ".